Friday, October 30, 2015

PAKAIAN TRADISIONAL IBAN


Kaum Iban merupakan etnik yang terbesar di Sarawak. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang terletak di tebing sungai dan tepi jalan raya. Ini bagi memudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang larang, tolak ansur (toleransi) dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Masyarakat Iban sekarang masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban walaupun kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan.
Salah satu budaya dan warisan yang terdapat dalam masyarakat Iban ialah dari segi pakaian tradisional. Pakaian tradisional Iban ada dua iaitu pertama, untuk kaum lelaki dan kedua, kaum wanita. Pakaian tradisional lelaki Iban dipanggil ‘Baju Burung’ manakala pakaian tradisional wanita pula dipanggil ‘Ngepan Iban’.

Pakaian Tradisional Lelaki Iban

Baju Burung merupakan pakaian tradisi lelaki suku kaum Iban. Asal usul baju burung dipercayai digunakan oleh lelaki Iban yang gagah dan berani. Lelaki yang menggunakan pakaian ini akan dipanggil ‘Keling’. Keling adalah lambang kepada kaum Iban yang membawa maksud seorang lelaki yang gagah dan kacak.

1. Lanjang/ Ketapu
Lanjang atau ketapu dipakai di atas kepala. Ketapu ini diperbuat daripada rotan. Ia dianyam mengikut kehendak corak masing-masing. Setelah siap dianyam dan dicat, ketapu tersebut akan diletakkan dengan bulu burung. Contohnya, burung kenyalang. Makin lebat bulu burung yang diguna, maka makin cantik ketapu tersebut.





2. Gagong/ Baju Burung
Sesetengah gagong diperbuat daripada kulit haiwan bagi yang tradisi zaman nenek moyang dahulu. Gagong ini selalunya dipakai semasa perayaan gawai dan majlis besar-besar. Gagong ini tidak boleh dipakai sembarangan kerana gagong ini dipakai oleh orang yang nak berperang, orang yang kuat, berani serta orang yang terkenal. Mengikut cerita zaman dahulu, pihak lawan/ musuh takut untuk berlawan dengan orang Iban sekiranya mereka menggunakan gagong ini. Kebanyakan gagong ini sebenarnya diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang yang susah didapati kerana haiwan tersebut kuat dan ganas. Mengikut kepercayaan zaman dahulu, orang yang memiliki gagong ini dipanggil orang yang berani dan terpengaruh.
Baju burung juga merupakan salah satu pakaian tradisional lelaki. Apa yang berbezanya dengan gagong ialah baju burung ini kebiasaannya dipakai semasa perayaan biasa sahaja. Baju burung ini juga digunakan semasa menyambut kedatangan tetamu atau tarian ngajat. Manakala gagong ini pula dipakai untuk orang yang hendak berperang. Baju burung selalunya bercorak merah terang. Baju ini ditenun menggunakan cara ‘sungkit’ dan hasilnya halus. Motif baju burung ini sama seperti ‘pua kumbu’. Benang emas digunakan untuk menyungkit kain tersebut untuk membuat baju burung.






3. Sirat
Sirat adalah pakaian lelaki yang digunakan pada punggung lalu dengan cara menutup sampai ke bawah paha. Pada zaman dahulu, lelaki memang tidak ada seluar tetapi mereka cuma bersirat sahaja. Sirat bukan sahaja digunakan semasa hendak turun berperang malah ia dipakaikan untuk aktiviti ritual atau semasa perayaan Gawai. Besar sirat ini selalunya 50cm buka x 500 cm panjang (50cmX50cm). Orang Iban pada zaman dahulu selalu mencari hasil hutan untuk membuat baju, kain dan sirat. Sebagai contoh, kulit ‘Temeran’ dari kayu ‘Tekalung’ diikat sehingga ia halus berserabut lalu dibuat sebagai sirat atau baju tekalung. Kain sirat ini sama seperti ‘pua kumbu’ yang berwarna merah. Cara untuk memakai sirat ini adalah dengan melilit nya di pinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini pula dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan. Ini bagi mempamerkan bahagian yang berhias dengan sulaman atau tenunan yang cantik. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian tersebut.




4. Marik
Marik juga tergolong dalam pakaian tradisional lelaki. Marik disulam dengan menggunakan manik sahaja. Manik ini ada coraknya tersendiri. Segelintir orang menggunakan taring sebagai marik. Taring itu diambil daripada haiwan liar seperti taring babi.




5. Terabai
Terabai merupakan satu peralatan peperangan orang Iban. Terabai ini selalu digunakan oleh orang lelaki Iban yang kuat, berani berperang, membunuh serta mempertahankan negeri daripada musuh. Memandangkan sekarang tidak ada lagi peperangan, terabai ini digunakan semasa tarian ngajat dan menyambut kedatangan tetamu sahaja (opening ceremony). Rekaan terabai memang besar, ia boleh disamakan dengan kebesaran seseorang manusia tetapi rendah sedikit, lebih kurang 3 hingga 5 kaki. Terabai pada zaman dahulunya, diperbuat daripada kayu yang keras serta tahan. Kayu yang digunakan untuk membuat terabai ini ialah kayu tebelian, serangan batu, kayu mengeris tetapi sekarang mereka menggunakan kayu yang ringan sahaja sebab senang untuk membuat ukiran memandangkan tidak ada lagi peperangan. Cara ukiran terabai sekarang mengikut kemahiran masing-masing yang bermotifkan corak ukiran bangsa Iban. Kalau mengikut zaman dahulu, terabai ditebuk mengikut kemahiran, tetapi sekarang diukir menggunakan cat yang sedia ada supaya cantik dipandang atau ada nilai komersial.





6. Senyata (Senjata)
Pakaian tradisional lelaki tidak akan lengkap tanpa senyata. Senyata ini dijadikan peralatan semasa merantau, memburu haiwan dan berperang. Senyata ini yang digunakan untuk melatih bujang berani untuk mempertahankan negeri. Senyata ini mempunyai pelbagai jenis. Senyata yang dimiliki oleh orang lelaki Iban ialah ‘Ilang’ dan ‘Nyabor’. Ilang dan Nyabor seiras sama iaitu Nyabor lebih pendek daripada Ilang dan mata Nyabor lebih besar. Sesetengah Nyabor diletakkan dengan bulu rambut. Bulu rambut tersebut adalah sebagai simbolik bahawa mereka pernah ikut berperang. Manakala pemegang nyabor tersebut ada ukiran. Orang yang menyertai pertandingan ‘Keling’ Iban ada juga memegang sangkuh sebagai peralatan senyata mereka.





Pakaian Tradisional Wanita Iban

Ngepan Iban atau Ngepan Indu merupakan pakaian tradisi wanita suku kaum Iban. Asal usul ngepan Iban dipercayai berasal daripada seorang gadis yang bernama Kumang pada zaman dahulu. Kumang merupakan seorang yang baik dalam kalangan wanita Iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja wanita seperti menenun, ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu, beliau bukan sahaja terkenal dengan kecantikan tetapi beliau mempunyai sikap baik hati kepada orang lain. Pakaian Ngepan Iban adalah seperti di bawah:

1. Sugu Tinggi ( Silver Headgear)



2. Marek Empang/ Tangu


3. Kain Karap/ Kebat (traditional woven skirt/Pua Kumbu)


Kain Kebat merupakan sejenis kain sarung yang panjangnya cuma separas lutut. Kain ini kebiasaannya sama seperti ‘Pua Kumbu’ iaitu dihias dengan reka corak jalur-jalur yang berwarna-warni dan pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada di antara kain kebat tersebut dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan  dengan benang emas dan perak di atas dasar kain yang berwarna merah.

4. Lampit (Silver Belt)


5. Rawai (Silver Corset)


6. Tumpa Pirak/Bentuk (Silver Bangles)


7. Gelang Kaki/Gerunchung( Anklets)


8. Buah Pauh (Silver Purse)


9. Selampai (Sash)

Selampai dihiasi dengan reka corak tenunan yang sangat halus. Kain Selempai ini dipakai di bahu sebagai selendang dan diselempangkan di badan.

10. Tali ujan/Mulung (Fine Silver Chain)


11. Sementing Buchai/Sengkiling (Coin Corset with Dangling Coins)




Secara kesimpulannya, pakaian tradisional Iban ini kebiasaannya dipakai semasa hari perayaan dan upacara-upacara tertentu. Contohnya, perayaan gawai. Upacara-upacara seperti upacara rasmi menyambut kedatangan tetamu, upacara perkahwinan, persembahan tarian ngajat dan lain-lain. Apa yang menariknya di sini ialah turut diadakan pertandingan khas di Sarawak seperti ‘Kumang Gawai’ yang dikenali sebagai pertandingan ratu cantik pada setiap tahun semasa perayaan Hari Gawai bulan Jun, turut serta juga pertandingan ‘Keling’ untuk kaum lelaki. Masing-masing orang yang menyertai pertandingan ini akan mengenakan pemakaian tradisional Iban yang lengkap. Pertandingan ini diadakan bagi mengingati legenda ‘Keling dan Kumang’ masyarakat Iban di Sarawak, iaitu dengan mengadakan pertandingan Keling Gawai dan Kumang Gawai untuk memilih mereka yang cantik dan menawan.


Sumber : http://meenieysykes.blogspot.my/2014/11/pakaian-tradisional-lelaki-iban-sarawak.html - ASSIGNMENT ASAL
   

10 comments:

  1. http://meenieysykes.blogspot.my/2014/11/pakaian-tradisional-lelaki-iban-sarawak.html - ASSIGNMENT ASAL

    ReplyDelete
  2. Sementing buchai nya sama enggau sementing bungai murun kah?

    ReplyDelete
  3. Nma utai tali ujan/mulung nya..??

    ReplyDelete
  4. Nma utai tali ujan/mulung nya..??

    ReplyDelete
  5. Nma utai tali ujan/mulung nya..??

    ReplyDelete
  6. Anak jati Iban,ka nyimpan semua reta pusaka lama,Ngai ke ndai nyadi tiang pengingat ke bangsa diri,ngambik ke bsi di peda bala anak ucu icit wit embuh Ila😍😘

    ReplyDelete
  7. Di mana boleh dalat semua barang tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dpt d lubuk antu.
      Kedai chop ping hap
      Tel:0138031970
      083584142

      Delete
  8. Kalau satu set untuk budak perempuan dlm umur 8-9 tahun berapa

    ReplyDelete
  9. Saya mencari sewaan baju iban lelaki urgent..hubungi saya 0196095622

    ReplyDelete